SUSUK NENEK TIJAH LAWA
JEJAKMISTERI - Walau nenek Tijah Lawa sudah arwah (meninggal) orangnya. Tapi aku harap, kisah ku kali ini dapat dijadikan iktibar.
Aku kenalkan nama mak sepupu saudara aku sebagai nama Tijah Lawa. Sebab memang sungguh gila dalam keadaaan nya yang setengah mati dan setengah hidup walaupun dah berusia 52 tahun. Beliau tinggal di daerah KUMAI Kal-Bar.
.................
Nenek Tijah Lawa merupakan janda paling hot zaman itu. Dia sudah kawin sebanyak 4 kali tapi kesemua suaminya menceraikannya sedangkan mahligai yang dibina tidak sampai setahun jagung.
Dulu aku heran. Asal la mak saudara aku ni kawin pasti cerai. Kawin lagi, pastu cerai. Kalau dengar tiba-tiba dia bercerai tu, confirm-confirmlah dia dah kawin lain (nikah siri tanpa sepengetahuan suaminya). (Ahh pening aku yang menulis ni!)
Umur 52 tahun, tapi rupa macam 18 tahun! Gadis-gadis kampung zaman itu pun tak boleh hadap tanding dengan mak saudara aku ni. Nama Tijah Lawa memang top dan mampu kalahkan anak-anak dara yang lain.
Aku pernah ajak kawan-kawan ku ni lihat rumah aku untuk lihat kecantikan mak saudara aku sebab kawan-kawan ku pun tak ada yang percaya. Mana mungkin makcik umur 52 tahun tapi rupa secantik dan setanding anak-anak gadis belasan tahun!
Kali pertama kawan-kawan ku ternampak muka emak saudara aku, terus dia bisik dekat telinga aku. “Adik kau kah ini ?”
Aku pendekkan cerita. Selang 5 tahun, makcik aku nazak. Dan sekali lagi aku jemput Tuan Syed ( guru agama ) untuk sama-sama melihat detik-detik terakhir makcik aku.
***
Aku dalam kisah di bawah ini merupakan Tuan Syed**** Waktu Mat Piah jemput aku untuk ke rumahnya untuk menyaksikan detik-detik terakhir Tijah Lawa, aku terlalu sibuk dengan kerja. Tapi demi persahabatan sejak kecil, aku sanggup amil cuti untuk ke kampung dia.
Sampai sahaja di kampung halaman Tijah Lawa di daerah KUMAI, tiba-tiba aku rasa meremang. Kalau dulu aku suka cakap besar, tapi kali ni aku hanya berdiam diri. Pasti ada sesuatu! Tak kan si Mat ni sanggup jemput aku padahal makcik dia belum meninggal lagi!
Kaki aku menapak di tangga rumah adat melayu pontianak. Bulu-bulu roma aku semua terpacak meremang. Aku gagahkan juga untuk naik ke atas untuk memberi salam. Sebab aku dengar ramai sangat orang-orang baca Yassin. Jadi mungkin tak ada sesiapa dengar kalau aku beri salam dari bawah.
Sampai ketika aku dekat atas, aku hampir-hampir tergelincir ke belakang bangku rotan kerana terkejut melihat sekujur tubuh terbaring di atas tilam. Tijah Lawa kah itu?
Wajah dia teramat buruk, rusak ! Bengis. Kurus bagai sapu lidi. Ibarat hanya tulang rangka saja di atas tilam. Rambutnya yang dahulu aku lihat hitam berkilat, kini putih kekeringan seperti orang tua kerepot!
Bau busuk sudah menyebar masuk ke dalam hidungku. Aku coba kawal agar menjaga malu hati dan perasaan tuan rumah. Tapi aku lihat, hampir keseluruhan yang membaca Yassin menutup mulut dan hidung masing-masing kerana terlalu menusuk busuk dengan baunya!
Aku mula menghampiri lebih dekat untuk melihat keadaan Tijah Lawa.
Allahurabbi!....Allahu akbar.
Lubang hidung dan telinganya penuh dengan semut! Ya. Orang panggil itu adalah “semut mayat”! Tapi yang peliknya, Tijah Lawa masih bernyawa walaupun semut-semut itu penuh keluar masuk dari lubang hidung dan telinganya. Astaghfirullahalazim… apa dosa Tijah Lawa ni?
Aku lihat disisinya ada seorang gadis yang sabar menyuapkan makanan ke dalam mulut Tijah Lawa tanpa menunjukkan apa-apa riak muka geli (jijik) atau loya (suka tak suka) dengan keadaan Tijah Lawa.
Orang-orang kata, yang makan itu syaitan, Bukan nenek Tijah Lawa!
Aku mengambil tempat dan membaca Yassin bersama-sama. Keadaan Tijah Lawa sama sahaja. Seolah-olah berat ruhnya ingin keluar dari badannya. Lalu aku mengambil keputusan, untuk lanjutkan cuti aku untuk melihat kesudahan hidup Tijah Lawa dan menjadikan nya salah satu cerita misteri bagiku ini. Moga-moga apa yang Allah tunjukkan depan di mata aku ni mampu memberi aku sedikit iktibar dan bagi kawan-kawan yang sedang menyimak cerita ini.
......
3 hari berturut-turut kami membaca Yassin. Namun, keadaan Tijah Lawa tiada kesudahannya. Makin banyak semut dan ulat belatung yang mula keluar di wajahnya. Badannya seolah-olah terbenam ke dalam tumpukkan tilam yang dibaring itu.
Mat Piah sudah tak sanggup melihat keadaan makciknya lalu dia mengajak aku untuk temankan dia mencari bekas-bekas suami makciknya untuk tahu apa puncak azab semua ini.
Aku ikut sahaja. Kalau boleh dicepatkan, lagi bagus. Kasihan lihat keadaan Tijah Lawa. Seolah-olah sangat tersiksa.
Lepas Ashar, aku dan Mat Piah membonceng motor untuk mencari bekas suami-suaminya. Alhamdulillah. Allah permudahkan. Mujur mereka masih tinggal di situ.
Mat Piah laju menceritakan kisah Tijah Lawa pada bekas suaminya. Tapi, bekas suaminya hanya diam dan tiada riak terkejut langsung di wajah!
“itu azab allah pada dia!! Siapa suruh jadikan syaitan sebagai pendinding!!” Marah Pak Mat (bekas suaminya yang entah ke berapa. Sebab yang ini saja masih hidup)
“Sabar Pak Mat. Kami datang untuk meminta penyelesaian. Kasihan Tijah Lawa. Dia sudah tersiksa ruhnya sudah hampir di ubun-ubun kepala Tapi susah untuk nak keluar! Apa puncak azab semua ini?” Tanya Mat Piah.
Aku cuma menjadi pendengar kerana ini urusan keluarga mereka. Aku cuma orang luar.
“Dia terlalu takjub untuk mempercantik diri ! Sampaikan sanggup cucuk berpuluh jarum emas pada wajah dia gara-gara mengikut kata-kata syaitan tu.
Setiap malam jumaat, pasti dia lakukan upacara mengasap kemenyan dalam keadaan gelap tanpa sedikit cahaya yang masuk di dalam bilik. Mandi pun kena mandi dengan bunga-bunga tertentu. Itulah padahnya!”
“Maksud Pak Mat, Tijah Lawa ni amil susuk kah ?” Laju saja pertanyaan itu terpacul dari mulut aku. Aduhh. Kepoh betul aku ni!
“Betul! Kalau tak salah, di wajahnya ada 27 jarum emas! Banyak pantang larang yang dia kena ikut. Tak boleh makan pisang emas la, tak boleh lalu bawah penyidai (tali jemburan). Dan yang paling dasyat, dulu Pak Mat pernah ajak dia ke majlis kematian. Tapi dia menolak sekeras-kerasnya. Katanya, itu lagi bahaya yang boleh memudaratkan diri dia! Allahuakbar!! Sebab itulah Pak Mat ceraikan dia. Mujurlah kami berdua tidak mempunyai zuriat.” Jawab Pak Mat sambil mengeleng-ngelengkan kepalanya.
Tiada sedikitpun air mata yang menitis di wajahnya. Mungkin terlalu marah apabila mengenangkan dosa-dosa Tijah Lawa.
“Jadi, macam mana ni Pak Mat? Dah lama jasad Tijah Lawa itu terlantar. Lebih kurang 3 bulan dah dia sakit. Tolonglah Pak Mat. Mana tahu, Pak Mat tahu serba sedikit cara untuk mengeluarkan benda-benda ni.” Mat Piah cuba memujuk.
“Baiklah. Aku pun sudah lama maafkan dia. Yang aku tahu, cara terakhir nak keluarkan nyawa dia, kau kena cabut 7 keping atap di atas bumbung dan buka 7 keping papan lantai.
Ambil sebatang pokok pisang dan cantas batangnya. Mungkin, ini saja cara terakhir untuk keluarkan roh jin jahat dari badannya.”
Aku dan Mat Piah berpandangan. Kalau ini cara terakhir, apa salahnya kami mencoba? Mungkin itu saja cara untuk memutuskan tuntutan ilmu yg dituntut oleh Tijah Lawa. Moga-moga roh Tijah Lawa dapat keluar dengan baiknya.
Kelam kabut kami meminta izin untuk pulang ke rumah sebelum hari gelap. Takut rumit pula kerja nak mencabut atap malam nanti.
Pak Mat hanya mengangguk. Sedikit pun tak ingin nak mengikuti kami untuk lihat bekas isterinya itu.
Sampai sahaja kami di rumah, kelam kabut aku membantu Mat Piah untuk mencabut atap dan lantai rumah. Semua bekerjasama untuk selesaikan hari itu juga. Kerana masing-masing seolah-olah tidak tahan. Jumlah orang yang membaca Yassin juga makin hari, makin susut.
Selesai sahaja mencabut atap, lantai rumah dan mencantas batang pokok pisang, kami duduk sekeliling Tijah Lawa untuk membacakan Yassin.
Aku tenung wajah Tijah Lawa. Inilah wajah yang dulu aku terkejut kerana kecantikkannya tapi hari ini aku terkejut kerana rupanya yang buruk...
Lendir-lendir mula keluar dari dagunya. Kata orang, dagu itulah kawasan cucuk jarum mas dan beberapa tempat yang lain. Dan kawasan-kawasan itu semua keluar lendir-lendir yang sangat-sangat berbau busuk.
Mata Tijah Lawa sudah pandang ke atas di bumbung yang sudah dicabutkan. Dadanya berombak naik ke atas. Kami teruskan membaca Yassin. Moga-moga ini kesudahannya.
Tapi tiada siapa yang berani duduk di sampingnya apalagi untuk mengajar Tijah Lawa mengucap kata syahadat alam baka. Mulutnya ternganga seluas-luasnya.
Aku hanya beristighfar panjang dalam hati. Inilah akibatnya apabila menyekutukan Allah. Di dunia sahaja Allah sudah balas tunai di saat-saat kematiannya.
Selang beberapa menit, badan Tijah Lawa jatuh sekuat-kuatnya ke atas tilam kembali dalam keadaan tidak bernyawa. Berangin rumah papan ini. Lubang atap yang dicabut itu pun seolah-olah bergegar seakan tercabut lagi sebelah.
Alhamdulillah. Selesai upacara pengebumiannya walaupun banyak lagi perkara-perkara sulit penuh misteri dan menyedihkan berlaku sewaktu menguruskan jenazah Tijah Lawa.
Selesai sudah urusan di kampung Mat Piah, aku terus minta izin untuk pulang. Malas untuk tidur lagi semalaman. Sebab aku rasa tak enak badan kerana menumpang rumah orang terlalu lama.
Sampai di Kumai, aku terus rebahkan badan dan mengingat kembali detik-detik pengalaman aku berhadapan dengan sakaratulmaut begini. Maha suci Allah yang menciptakan hambaNya, maka janganlah sesekali kita menyekutukan Allah SWT dengan amalan-amalan yang kufur dan syirik. Balasan di dunia sudah diperlihatkan bagi hamba-hambaNya yang ingin berfikir. Balasan di akhirat, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Aku berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosa Tijah Lawa sepanjang hayatnya. Sebagai manusia, kita tiada hak untuk menghukum.
Orang yang tonggang-tonggeng sholat pun tidak dijamin masuk syurga. Ada sirah di mana seorang pelacur dimasukkan ke dalam syurga dengan ‘rahmat Allah SWT’ kerana ihsannya untuk memberi minuman kepada anjing yang kehausan.
Buatlah apa yang diperintahkan Allah SWT dan tinggalkanlah apa yabg ditegah. Maka inshaa-Allah kita akan memperoleh rahmat Allah SWT di dunia dan di akhirat. Insyaallah.
Wallahua’alam
~~~SEKIAN~~~